Tak pernah aku terniat melukaimu
Tak pernah aku terniat membencimu
Andai dapat kau selami hati ini, mungkin kau akan mengerti
Betapa aku mengharapkan cuma yang terbaik buatmu
Berkali-kali ku cuba mencari yang lain
Menyayangi yang lain
Akhirnya bila ku labuhkan tirai malam
Hatiku masih milikmu
Cintaku masih untukmu
Ketika dan saat ini aku cuma ingin kau
Menjadi dan mencari yang terbaik untuk dirimu
Buat diriku yang masih disini
Kehidupanku masih panjang
Mungkin akan tiba saatnya
Bila kita berpandangan
Aku mampu tersenyum dan mengorak langkah
Meninggalkanmu buat selamanya
Bersama hatiku
Pergh, ayat jiwang siot. Well, besa la kan ada masa aku jadi lovey dovey cket. Pe salahnya, blog aku, kat sini je la tempat aku nak cerita pe yang tak boleh aku ungkapkan dgn kata2. Untuk siapa? Ooopppssss....yang penting bukan budak kelas AS220 semester 6 ok, tolong jangan buat spekulasi atau perasan sendiri.
Buat seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini. Kehadiran yang kadang kala aku harapkan takkan pernah berlaku. Terima kasih kerana mengajar erti cinta, rindu, luka, kecewa dan bahagia.