Pages

Showing posts with label bebudak kampung pisang. Show all posts
Showing posts with label bebudak kampung pisang. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Hardcore dedicated fans~

Lama rasanya tak update blog ni, bkn ape, xde idea nak tulis apa, plus broadband yang mmg cam beruk, jadi masuk kampus baru bleh berbelog ni sambil membaca2, belog2 org lain. Org duk library stadi, aku, hehe....tiap2 ari datang library, siap tercangak kat depan library tunggu pakcik library tu bagi aku masuk. Gila dowh, best student r aku kali ni!

Sebenarnya datang awal sbb takut takde parking, pastu bosan xde tempat nak lepak. Beli la paper, tnggu library bukak then, bukak laptop on9.....dah penat, blk. Hohoho, best student la sgt aku ni. Anyway, kesian semalam budak2 aku kena tengking sebab Kak Ju (owner pusat tuisyen) cakap, suh expalain kat semua bdk2, tengking je, jangan takut sbb dorang ni gila hardcore pya bdk, muka selamba, tak makan saman, suke main2, jadi aku cuma menjalankan tugas je la kan.

Tapi tengking tu xde la melampau sgt, suruh dorang diam, pandang depan je. Pastu duk ngan dorang explain slow2, lembut2, tanya byk kali pun cikgu ni tak marah, xpe, sbb awak xphm kn. Cikgu ni xde kuasa la nak marah2 korang, penat tau x. Tapi jgn la main2, dengar bila orang ajar. Tak paham bleh tya, jgn bising. 20 kali awak tya pun, cikgu ni cakap lembut2 lagi.

Aku kat tuisyen tu mmg diberi tugas mem'brush'kan budak2 hardcore yang mmg memerlukan kesabaran yang tinggi disamping kebolehan menerang sesimple yang mungkin, plus kena tegas. Tapi setakat ni, aku enjoy keje situ walaupun penat.

K la, kena g keje kedai fotostat plak. Cari rezeki dowh! Bye!

Friday, July 23, 2010

Cikgu oh Cikgu!

Huh, penat seharian ngajor bdk2 ni. Cena la rasanya cikgu2 aku dulu ek, mesti lagi berganda2 teruk, berganda2 lagi nak tergelak tgk perangai bdk2 ni. Aku yang baru ngajor xbrape lama ni pun, xlarat nak gelak ngan perangai bdk2 ni.



Situasi A

Aku: Ok, penjodoh bilangan ni ada banyak. Contohnya, batang, buah, urat, utas, pasang, biji...bla3. Contohnya kalau bilah, kita guna utk bnda yang tajam2 mcm pisau. Kalau batang plak utk gigi, sungai , jalan raya....bla3x. Paham?

Bdk2: Paham cikgu!

Aku: Imran, bagi cikgu satu contoh penjodoh bilangan yang cikgu ajar tadi.

Imran: Dengan muka konfiden, plus mata yang bersinar2 yakin senang je soalan tu....jawapannya, GIGI cikgu!

Aku: Adeh!




Situasi B


Aku: Ok, give me waste material produced from defecation. (Defecation=nyahtinja)

A: Defecation cikgu? Ape bnda ek?

B: Ko ni, tu pun xtau ke? Kalo ko berak, keluar ape? Taik r! Ish, itu pun xtau.

A: Taik bahasa inggeris nak tulis pe weh?

B: Ntah, shit kot. Shit ke cikgu?

Aku: Mana saya boleh bg tau, awak pikir la sendiri.

B: Btol la tu kot weh.

A: Cena nak eja shit?

B: S-H-E-E-T!

Aku: Mati la jgk!



Tu baru cket je ragam bdk2 ni. Tapi bdk2 zaman sekarang ni, mmg lain la dari aku dulu. Sekarang ni kalau cakap, "Aku kena g sekolah esok, sbb ada si A, dia kan HOT GUY!". Time aku sekolah rendah dulu, xde maknanya hot guys2 ni, hotdog tau la. Ni bdk2 sekolah rendah ni, blom masuk menengah lagi. Nak wat cena, ntah2 nnt zaman aku ada anak sendiri, tah ape plak isu time tu kan. Mintak2 dijauhkanlah benda2 xelok ni dari anak2 murid aku. Cewah, anak murid!

Mata dah berat, badan pun dah penat, esok ada modul plak pagi. Ahad keje lagi. Penat rupanya mencari rezeki sendiri ni, tambah plak wat keje sambil blajar, mana nak pening research lagi, penat keje plak. Tapi at least g keje, tgk bdk2 tu terasa kurang cket tensen tu. Yelah, kalo asyik nak tergelak je. Macam2 gaya, macam2 perangai, tapi semuanya bermakna bagi aku. Aku rasa kalo dah tak keje kat situ mesti aku rindu bdk2 tu. Ibrahim yg pandai sgt putar belit pe org ckp, Harith yg slow je time wat keje tapi laju time makan, Omar yang sgt2 pemalu dan salam tangan bila abih kelas, Haziq yg malas nak pkir cena nak jwb m3.....dan lain2, ramai plak nak mention kat cni.

K la kelas, cikgu ni pun dah penat sgt nak berbelog lagi. Takat ni dulu la lesson kita kali ni. Bye!